
Seluar bercorak floral merupakan hit terbesar pada tahun ini. Bermula dengan Miranda Kerr dilihat menggayakannya secara kasual, kemudian Jessica Alba pula dan kini ia sudah menjadi trend bukan sahaja selebriti terkenal namun kita juga! Di bawah, kami memberi sedikit tips bagaimana menggayakan seluar bercorak floral supaya anda kelihatan lebih menarik.
1)Pilih seluar anda Kami yakin kini anda boleh mendapatkan seluar bercorak floral dengan mudah. Pilih seluar yang sesuai dengan anda. Cuba elakkan membeli secara atas talian supaya anda betul-betul yakin dengan corak, warna, fabrik dan potongan seluar tersebut. Seluar bercorak floral boleh di dapati daripada jenis legging dan denim. Seluar floral cantik di pakai jika panjangnya sehingga buku lali sahaja.
2)Pilih baju yang bersesuaianYang pastinya, seluar bercorak floral mempunyai rekaan yang mampat di keseluruhan seluar. Jadi baju yang kosong tanpa sebarang corak amat boleh membantu memberi impak pada seluar floral anda. Antara baju yang sesuai digayakan dengan seluar floral adalah baju kemeja, blouse longgar, atau tshirt labuh. Yang pasti, keselesaan anda harus di utamakan.
3)Apa jenis kasut pun boleh Seluar bercorak floral lebih bersifat universal. Anda boleh menggayakan dengan apa jenis kasut sekalipun. Tidak salah dengan hanya memilih menggayakan dengan kasut flat hitam, tapi kami sarankan anda menjadi sedikit berani menggayakan dengan kasut Holographic kulit seperti di atas.
4)Aksesori emas melengkapkan gaya Tidak perlu susah payah memakai aksesori emas betul. Kami yakin kini banyak kedai aksesori menjual pelbagai rantai bersalut emas palsu. Aksesori emas nampak lebih sesuai di gayakan dengan seluar bercorak floral. Elakkan aksesori yang mempunyai banyak batu dan warna serta berfabrik plastik. Nampak sangat tidak sesuai.
Selamat Mencuba!
Isu Rokok John Lagi
3 Set Combo Limited Edition KFC Harga RM 10 Kebawah
Xperia Z1 DIKEHENDAKI
nice tips :) singgah sini
ReplyDeleteok liza ;)
Deletex berani lg nak pakai seluar camtu, huhu~
ReplyDelete