Fesyen itu adalah universal dan kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen namun adakala ada sesetengah fesyen yang tak digemari oleh kaum lelaki ini.
Ini kerana jika fesyen itu terlalu keterlaluan ianya tidak kena dengan gaya dan personaliti anda malah jika anda menggayakan fesyen tersebut mungkin kelihatan tidak menarik dan tidak dilayan oleh sang jejaka.
Jom lihat 5 fesyen yang tidak digemari jejaka ini:
Cermin mata besarKebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya. Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa.
Bibir yang merah menyalaKebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala. Tetapi hakikatnya ada segelintir lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat mereka bercakap dengan badut. Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi dan tidak terlalu merah. Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak bersesuaian dengan kulit anda.
Bulu mataMemang tak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuat wanita itu kelihatan lebih cantik dan menawan tetapi sekiranya bulu mata itu palsu dan dipakai tidak kena majlis pastinya akan menjadi mimpi ngeri buat anda apabila dipandang jelik oleh sesetengah lelaki. Seeloknya tak perlulah gunakan bulu mata palsu kerana tidak semesti bulu mata panjang, melentik itu cantik bahkan jika kita lihat wanita Korea bulu mata mereka semua biasa-biasa saja tetapi mereka masih dianggap jelita. Kebanyakan lelaki sukakan bulu mata yang asli dan original kerana itu lebih nampak kecantikan sebenar.
Selipar/KasutOh ini tidak sesuai kerana selipar dan kasut itu bukanlah sesuatu yang menarik untuk dipakai kerana ada sesetengah selipar yang agak ketinggalan zaman. Tetapi memang benar selipar lagi selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi namun jika mahu memakai selipar haruslah memilih yang sesuai dan mengikut trend semasa. Namun begitu, walau secantik mana selipar/kasut yang dipakai, lelaki pasti lebih mengemarkan kekasihnya memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambah lagi pesona dan keaggunan anda.
Pakaian yang terlalu seksiAkhir sekali janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolok mata kerana tidak semua lelaki sukakan wanita berpakaian seksi. Alangkah indah dan moleknya anda sekiranya berpakaian sopan dan sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak perlu memakai yang terlalu ketat sehingga sukar untuk berjalan dan sebagainya. Lebih manis dan selamat bagi wanita yang memakai pakaian menutup aurat kerana aura mereka akan terserlah.
CERITA DEPAN SCREEN
Thursday, December 26, 2013
Wednesday, November 27, 2013
4 Teknik Untuk Bergaya Dengan Seluar Bercorak Floral

Seluar bercorak floral merupakan hit terbesar pada tahun ini. Bermula dengan Miranda Kerr dilihat menggayakannya secara kasual, kemudian Jessica Alba pula dan kini ia sudah menjadi trend bukan sahaja selebriti terkenal namun kita juga! Di bawah, kami memberi sedikit tips bagaimana menggayakan seluar bercorak floral supaya anda kelihatan lebih menarik.
1)Pilih seluar anda Kami yakin kini anda boleh mendapatkan seluar bercorak floral dengan mudah. Pilih seluar yang sesuai dengan anda. Cuba elakkan membeli secara atas talian supaya anda betul-betul yakin dengan corak, warna, fabrik dan potongan seluar tersebut. Seluar bercorak floral boleh di dapati daripada jenis legging dan denim. Seluar floral cantik di pakai jika panjangnya sehingga buku lali sahaja.
2)Pilih baju yang bersesuaianYang pastinya, seluar bercorak floral mempunyai rekaan yang mampat di keseluruhan seluar. Jadi baju yang kosong tanpa sebarang corak amat boleh membantu memberi impak pada seluar floral anda. Antara baju yang sesuai digayakan dengan seluar floral adalah baju kemeja, blouse longgar, atau tshirt labuh. Yang pasti, keselesaan anda harus di utamakan.
3)Apa jenis kasut pun boleh Seluar bercorak floral lebih bersifat universal. Anda boleh menggayakan dengan apa jenis kasut sekalipun. Tidak salah dengan hanya memilih menggayakan dengan kasut flat hitam, tapi kami sarankan anda menjadi sedikit berani menggayakan dengan kasut Holographic kulit seperti di atas.
4)Aksesori emas melengkapkan gaya Tidak perlu susah payah memakai aksesori emas betul. Kami yakin kini banyak kedai aksesori menjual pelbagai rantai bersalut emas palsu. Aksesori emas nampak lebih sesuai di gayakan dengan seluar bercorak floral. Elakkan aksesori yang mempunyai banyak batu dan warna serta berfabrik plastik. Nampak sangat tidak sesuai.
Selamat Mencuba!
Isu Rokok John Lagi
3 Set Combo Limited Edition KFC Harga RM 10 Kebawah
Xperia Z1 DIKEHENDAKI
Saturday, November 23, 2013
100 Fakta Menarik Tentang Korea Selatan

1. Orang Korea jarang makan guna tangan kerana dianggap sebagai kurang sopan
2. Orang Korea suka makan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan darah
3. Selain disebut sebagai negara Gingseng, Korea Selatan juga terkenal dengan gelaran 'Republic of Plastic Surgery'
4. Remaja di Korea lebih suka hadiah ulang tahun seperti pembedahan plastik berbanding hadiah seperti kereta dan sejenisnya
5. Had umur remaja Korea untuk melakukan pembedahan plastik mestilah berumur atas 14 tahun
6. Negara yang ingin bersaing dengan Korea dalam hal pembedahan plastik adalah Thailand.
7. Majalah-majalah di Korea mempunyai banyak iklan tentang pembedahan plastik dan itu adalah perkara biasa
8. 50% wanita berumur 20 tahun di Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik.
9. Semasa cuti sekolah panjang, kebanyakkan pelajar Korea akan melakukan pembedahan plastik.
10. Tempat pembedahan plastik paling canggih dan moden berada di Korea Selatan
11. Artis Korea yang melakukan pembedahan plastik adalah perkara yang perlu dan biasa.
12. 40% pengunjung klinik untuk pembedahan plastik adalah golongan lelaki.
13. Rata-rata lelaki Korea menjalankan pembedahan pada bahagian mata agar menjadi lebih besar dan ada juga lelaki Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan payudaranya.
14. Berdasarkan kajian, lelaki Korea melakukan pembedahan plastik kerana ingin kelihatan seperti Jang Dong Gun
15. Kos pembedahan plastik di Korea 50% lebih murah berbanding Jepun.
16. Wanita Korea yang menjalani pembedahan plastik agar wajah kelihatan seperti Song Hye Gyo
17. Pembedahan plastik adalah perkara yang biasa di Korea, jadi ia bukan satu masalah jika banyak artis yang melakukan pembedahan plastik
18. Wanita Korea ramai yang mengubah mata mereka menjadi lebih besar dengan pembedahan plastik
19. Mengikut kajian responden, 70% lelaki ingin menjalani pembedahan plastik
20. Kebanyakkan orang Korea menghabiskan 30% dari hasil pendapatan untuk pembedahan plastik
21. Di Korea Selatan, terdapat 1,200 doktor bedah plastik, namun jumlah itu masih dianggap kurang.
22. 95% orang Korea yang mempuyai lipatan di kelopak mata adalah hasil dari pembedahan plastik.
23. 25% ibu-ibu di Korea menyuruh anaknya yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik
24. 76% wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik
25. Di Korea, masih tiada lagi ujian untuk menentukan kecemerlangan pelajar dan 2 minggu sebelum ujian bermula, perpustakaan akan penuh dengan pelajar.
26. Di Korea, sekiranya ada pensyarah yang terlambat walau hanya 2 minit, maka pensyarah tadi akan segera meminta maaf kepada mahasiswanya
27. Semua mahasiswa Korea diwajibkan untuk bercuti selama 1 semester atau lebih sepanjang menjadi mahasiswa
28. Di Korea, Kimchi dipercayai dapat menambah selera makan.
29. Kimchi tersenarai di dalam 5 makanan tersihat dunia versi Majalah Healt Magazine
30. Di Korea, enjin carian Yahoo dan Google kurang popular kerana mereka lebih suka menggunakan enjin carian tempatan.
31. Ketika mengambil gambar, orang Korea lebih suka mengucapkan perkataan 'kimchi' daripada 'cheese'
32. Bahasa pergaulan remaja Korea lebih cenderung berbentuk singkatan seperti "AMIGO", salah satu judul lagu SHINee yang panjangnya adalah Areumdaun Minyeorueljoahamyeon Gosaenghanda (Hati jadi sakit ketika kamu jatuh cinta dengan si cantik)
33. Di Korea, ada hantu nakal yang disebut Dokkaebi, mempunyai 1 tanduk di kepalanya dan selalu membawa tongkat ajaib
34. Orang Korea suka makan mie di kedai kerana kalau dibungkus, ia akan berasa kurang panas dan itu sudah jadi kebiasaan.
35. Orang Korea bebas untuk memilih agama masing-masing. Bahkan orang Korea juga boleh untuk tidak memilih/ menganut agama apapun.
36. Jumlah penduduk Korea Selatan yang belum/ tidak memiliki agama sekitar 45.6%
37. Orang Korea biasanya makan dengan duduk di atas bantal (tanpa kursi) pada meja yang rendah dengan posisi kaki bersila.
38. Hallyu atau Korean Wave adalah istilah yang diberikan untuk tersebarnya budaya Pop Korea di pelbagai negara di dunia
39. Perusahaan TV Korea mengeluarkan biaya yang besar untuk menghasilkan drama dan ada yang berjaya di eksport keluar negara.
40. Marga Kim adalah marga paling banyak dipakai di Korea.
41. Bahasa Korea diakui sebagai bahasa paling logik di dunia karena konsonan dan vokal mudah dibezakan. Terutama konsonan menunjuk lokasi bibir, mulut, dan lidah
42. Rain adalah penyanyi Korea yang mengadakan konset antarabangsa di Madison Square Garden
43. Di Korea Selatan, terdapat siaran EBS(Educational Broadcasting System) untuk membantu pelajar belajar dengan lebih efisyen.
44. Lokasi pengambaran filem/drama bersiri Korea kebanyakan di buat di lokasi-lokasi menarik di Korea sekaligus dapat mempromosikannya
45. Pemilihan muzik latar untuk drama bersiri Korea sangat penting, bahkan semua pihak perlu terlibat bersama menghasilkannya.
46. Kebanyakkan drama bersiri/filem Korea yang di adaptasi dari komik/novel yang berjaya.
47. Drama bersiri Korea sangat digemari kerana jalan cerita yang menarik dan jumlah episod yang tidak terlalu banyak
48. Ketika ujian akhir di Korea, banyak keluarga akan memberi semangat kepada anak-anak agar sapat lulus dengan cemerlang.
49. Korea Selatan adalah negara yang paling maju dan inovatif untuk urusan pembedahan plastik
50. Pohon pinus adalah pohon cinta bagi orang Korea kerana mengandungi ikatan cinta yang kukuh, lurus dan tak akan pernah berakhir
51. Pulau Nami adalah pulau buatan yang dijadikan lokasi pengambaran drama bersiri Korea yang sangat terkenal iaitu Winter Sonata
52. Untuk mengelilingi Pulau Nami, hanya diperlukan masa selama 2 jam dengan hanya berjalan kaki.
53. Banyak drama bersiri Korea yang melibatkan pohon pinus
54. Kunjungan ke Muzium Teddy Bear di Korea meningkat setelah tertayangnya drama bersiri berjudul Goong/Princess Hours.
55. Kantin dalam drama bersiri BFF sebenarnya berbeza dengan tempat sekolah itu sendiri
56. Kebanyakkan orang Korea membunuh diri dengan cara menggantung dirinya
57. Pemerintah Korea membuka kaunter nasihat untuk mereka yang mengalami stress agar dapat mengurangkan kejadian bunuh diri
58. Artis korea tidak terlalu jaim
59. Salah satu penyebab bunuh diri di Korea adalah faktor ekonomi dan stress.
60. Ada laman web bunuh diri di Korea, dimana pengunjungnya akan berbual dan bertemu untuk bunuh diri bersama.
61. Banyak juga remaja Korea yang mengalami stress mengikut idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar
62. Remaja Korea rata-ratanya membunuh diri kerana stress akibat tempoh belajar yang panjang di Korea
63. Pemerintah Korea berjaya menutup sebanyak 250 laman web untuk membunuh diri pada tahun ini
64. Orang Korea suka minum kopi luwak dari Indonesia
65. Orang Korea jika berbuat salah akan segera mengakuinya dengan cepat dan jujur
66. Ada obor-obor yang di makan hidup-hidup oleh orang Korea
67. Tiada pelajar Korea yang merokok
68. Suneung atau Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri di Korea dilaksanakan pada 13 November dan merupakan sesuatu yang unik
69. Suneung sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah menengah di Korea kerana pada hari itu mereka akan bermati-matian menjawab soalan ujian.
70. Keluarga pelajar yang mengambil ujian di Suneung akan membawa sepanduk sebagai pemberi semangat
71. Pelajar sekolah menengah di Korea sudah diberikan tugasan rumah dan hanya disuruh belajar untuk ujian Suneung
72. Sekiranya lokasi ujian dijalankan berdekatan dengan bangunan atau stadium, maka bangunan/stadium itu akan ditutup sepanjang ujian berjalan.
73. Ahli keluarga akan memberikan hadiah kepada pelajar sebelum mengikuti Suneung
74. Hadiah yang biasa diberikan kepada pelajar ketika ujian Suneung adalah garpu, cermin dan tisu tandas. Garpu dianggap sebagai semoga tepat mengenai sasaran (jawapan).
75. Ada juga yang memberi semangat kepada pelajar yang mengambil ujian dengan mengupah pasukan sorak
76. Peserta ujian juga dilarang dari makan sup rumpai laut kerana licin. Dan licin sama ertinya dengan jatuh dan gagal.
77. Orang Korea memiliki sikap disiplin yang tinggi
78. Orang Korea suka mengucapkan aigoo (OMG)
79. Orang Korea lebih suka mengucapkan saranghae kepada teman rapat berbanding kekasih.
80. Banyak pelajar Korea yang bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti. Sekitar 200 pelajar Korea bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti selama setahun.
81. Ada beberapa sekolah di Korea yang jam belajarnya adalah 15 jam sehari
82. Orang Korea jarang mandi ketika musim sejuk
83. Kebanyakan makanan Korea mengandungi babi
84. Warga Korea Selatan dinobatkan sebagai warga negara paling stress di dunia kerana sukarnya kehidupan disana sehingga banyak yang mati bunuh diri
85. Orang Korea suka makanan panas
86. Kebanyakan lelaki Korea lebih romantik dan penyabar berbanding kekasihnya
87. Lelaki yang minum arak adalah perkara biasa di Korea
88. 81% penduduk Korea mengalami stress pada setiap hari
89. Orang Korea sudah terbiasa dengan antri dan berisik
90. Orang Korea kebanyakkannya menganut agama Buddha
91. Anak-anak perempuan di Korea biasanya bermain permainan gongginori iaitu sejenis permainan mirip dengan bola jaring.
92. Pulau Jeju adalah pulau paling terkenal di Korea dan sering dijadikan tempat pengambaran drama bersiri Korea
93. Tidak ada tempoh orientasi siswa ketika remaja Korea mula masuk ke universiti
94. The Garden of Morning Calm adalah taman tempat pengambaran drama bersiri You're Beautiful semasa Go Mi Nam memakai baju perempuan di rumah kaca
95. Jika ada yang mengucapkan "terima kasih" mereka jarang menggunakan kata "sama-sama" kerana diangap kurang sopan, tapi mereka lebih sering mengucapkan "tidak mengapa"
96. Orang Korea lebih suka menggunakan enjin carian tempatanl seperti Daum
97. Jika ada yang mengatakan "kamu cantik/" orang Korea jarang membalas "terima kasih" kerana dianggap terlalu bongkak. Mereka sering mengatakan "aah aniyo (tidaklah)"
98. Bunuh diri merupakan penyebab kematian utama bagi lelaki Korea yang berusia antara 18-35 tahun
99. Ketika putus cinta, kebanyakan lelaki yang akan berasa trauma atau sakit hati berpanjangan kerana mereka lebih menghargai
100. Orang Korea jika berbuat salah akan cepat meminta maaf.
Sunday, November 10, 2013
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib berjaya ditangkap.

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di

Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.
“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.
Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..
Pelbagai reaksi orang ramai dalam laman sosial, ramai mahu pembunuh Norazita dihukum tembak sampai mati.
Friday, November 8, 2013
Kampung Timbul Setelah 5 Tahun Tenggelam
Suatu ketika dahulu, ia merupakan sebuah kampung yang kemudiannya tenggelam setelah ditimpa bencana gempa bumi sebelum timbul setelah lima tahun berada di dalam air..
Satu gempa bumi besar berukuran 8.0 pada skala Richter telah melanda kampung tersebut pada tahun 2008 sehingga menyebabkan ia tenggelam sepenuhnya dibanjiri air laut..
Bagaimanapun setelah 5 tahun berlalu, rumah, pejabat, sekolah dan beberapa bangunan lain yang rosak teruk telah muncul kelihatan dari air hingga mendedahkan kampung Xuanping yang terletak di Beichuan County, Sichuan, China ini.
Gambar-gambar ini menunjukkan pemandangan menakjubkan keseluruhan kampung tersebut yang telah timbul dari tasik iaitu selepas 5 tahun ia dibanjiri air sehingga menjadi tasik berikutan gempa bumi besar yang berlaku itu..
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh :
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji @ bekerja sendiri.
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan
Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.
AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500
BERMINAT SILA :Hubungi kami @ Sms @ Whatsapp kan [ NAMA & NO TALIFON ] anda ke ~Cik Sara 012-2290719 (Call,sms & whatsapp) anda akan dihubungi dalam masa yang terdekat.
contoh :
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji @ bekerja sendiri.
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan
Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.
AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500
BERMINAT SILA :Hubungi kami @ Sms @ Whatsapp kan [ NAMA & NO TALIFON ] anda ke ~Cik Sara 012-2290719 (Call,sms & whatsapp) anda akan dihubungi dalam masa yang terdekat.
Thursday, November 7, 2013
Bernazar jalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam sempena kemenangan Pahang
Nama Beliau Abdul Majid Bin Abdul Hamid,57. Beliau menetap di Beserah,Kuantan Pahang. Kerja beliau hanyalah seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah di Kuantan.
Pak cik Majid telah bernazar,jika Pahang memenangi Piala Malaysia tahun ini,beliau akan berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam.
Kerana Pahang telah memenangi Piala Malaysia 2013, dia berjalan kaki dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah 1 ke Stadium Shah Alam. Beliau dijangka sampai di Stadium Shah Alam pada 12 November 2013. Mula berjalan kaki pada 6 November 2013.

Sumber dari Mohd Zaidi Ramli:
"Saya jumpa dgn pakcik ni dekat KM210.2 KTN - KL... Jumpa sekejap bagi support kat pakcik ni... Malam ni pakcik ni rehat di RnR Gambang... Esok pagi sambung jalan kaki... Mudah2hanpakcik ni selamat smpai ke SSA... HOGOH PAHANG HOGOH!"


Ada yang bagi info, nampak pakcik Majid di KM171.5 Maran pukul 11.40 pagi tadi (07/11/2013)... "rodong ajok tumpang naik keter, pokcik nih tak mboh... sebab dia dah bernazor..." - Sumber dari Azim Mohammad

Sumbangan dari rakan-rakan buat pakcik Majid... Moga kalian diberkati-Nya... - Gambar dari Aber Abe Snct

Pak cik Majid telah bernazar,jika Pahang memenangi Piala Malaysia tahun ini,beliau akan berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam.
Kerana Pahang telah memenangi Piala Malaysia 2013, dia berjalan kaki dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah 1 ke Stadium Shah Alam. Beliau dijangka sampai di Stadium Shah Alam pada 12 November 2013. Mula berjalan kaki pada 6 November 2013.

Sumber dari Mohd Zaidi Ramli:
"Saya jumpa dgn pakcik ni dekat KM210.2 KTN - KL... Jumpa sekejap bagi support kat pakcik ni... Malam ni pakcik ni rehat di RnR Gambang... Esok pagi sambung jalan kaki... Mudah2hanpakcik ni selamat smpai ke SSA... HOGOH PAHANG HOGOH!"


Ada yang bagi info, nampak pakcik Majid di KM171.5 Maran pukul 11.40 pagi tadi (07/11/2013)... "rodong ajok tumpang naik keter, pokcik nih tak mboh... sebab dia dah bernazor..." - Sumber dari Azim Mohammad

Sumbangan dari rakan-rakan buat pakcik Majid... Moga kalian diberkati-Nya... - Gambar dari Aber Abe Snct

Pelaburan amanah saham bumiputra (ASB)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh :
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji @ bekerja sendiri.
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan
Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.
AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500
BERMINAT SILA : Sms @ Whatsapp kan [ NAMA & NO TALIFON ] anda ke ~Cik Sara 012-2290719 (Call,sms & whatsapp) anda akan dihubungi dalam masa yang terdekat.
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh :
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji @ bekerja sendiri.
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan
Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.
AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500
BERMINAT SILA : Sms @ Whatsapp kan [ NAMA & NO TALIFON ] anda ke ~Cik Sara 012-2290719 (Call,sms & whatsapp) anda akan dihubungi dalam masa yang terdekat.
Wednesday, November 6, 2013
SERAM!! Portal Pelancongan AS Senaraikan Villa Nabila, Danga Bay Antara Tempat PALING BERHANTU!
JOHOR BAHRU – Pusat pembangunan Danga Bay mungkin lebih dikenali sebagai sebahagian daripada projek bernilai jutaan ringgit yang dibangunkan oleh Iskandar Malaysia.
Tetapi, ramai termasuk penduduk tempatan di sini tidak mengetahui bahawa, portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikan ia antara lima tempat berhantu di Malaysia.
Ia tersenarai menerusi sebuah banglo lama tinggalan, dikenali sebagai Villa Nabila, terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Banglo tersebut menyimpan rahsia selama 40 tahun dan terdapat beberapa versi bagaimana ia memperoleh status tersebut.
Ia termasuk kes pembunuhan yang berlaku di kalangan keluarga Caucasian kaya yang tinggal di banglo itu.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.
Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah pelawat perlu memasuki rumah tersebut dalam nombor genap.
Sekiranya mereka melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo tersebut.
Tinjaun The Star mendapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di kawasan sekitar walaupun mengetahui bahawa banglo tersebut mungkin berhantu.
Salah seorang daripada mereka, Azmirul Syafiq Azmadi, 12, berkata dia dan rakan-rakannya datang ke kawasan itu untuk melihat sendiri jika terdapat hantu di rumah tersebut.
“Saya pernah terdengar mengenainya dari rakan saya dan orang tua bahawa rumah itu berhantu.
“Kami mungkin akan kembali lagi pada waktu malam untuk mencuba nasib,” katanya sambil menambah mereka tidak melihat sesuatu yang pelik.
Expedia turut menyenaraikan Kellie’s Castle di Perak, Banglo di Jalan Turi, Bangsar, banglo kolonial di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan Apartment Ria di Genting Highlands sebagai antara tempat-tempat lain untuk memburu hantu.
Penolong Pengarah Pelancongan Johor, Amirul Asyraf Ibrahim yakin menerusi penyenaraian itu akan menarik lebih ramai pelancong terutama mereka yang gemar melawat tempat-tempat menyeramkan.
“Di negara lain, terdapat beberapa pakej mengenainya untuk menarik pemburu hantu dan mereka yang mahukan sesuatu yang mencabar,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan ejen pelancongan bagi mempromosikan pakej aktiviti memburu hantu dan fenomena ghaib di Johor. – The Star
Pelaburan amanah saham bumiputra (ASB)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh :
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji @ bekerja sendiri.
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan
Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.
AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500
BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719 (Call,sms & whatsapp)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh :
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji @ bekerja sendiri.
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan
Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.
AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500
BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719 (Call,sms & whatsapp)
Subscribe to:
Posts (Atom)