Saturday, September 14, 2013

Terbaru!!!GAMBAR Anggota Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Di Labis (4 FOTO)


LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.

Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya.




Zaidi Omar Terlibat Dalam Satu Kemalangan Maut.(3 GAMBAR)




Zaidi Omar  terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang pemandu motosikal mati di tempat kejadian. Masa tu Zaidi tengah bawak kereta BMW 5 Series dia kat MRR2 bila tetiba je mangsa datang dari arah bertentangan. Tu yang terlanggar sampai mati tu.
Rupa-rupanya mangsa yang bawak motor tue try taknak kantoi dengan road-block polis. Itu yang dia terjah je pergi jalan sebelah. Malang sememangnya tak berbau bila mangsa melayang kira-kira 15 meter dan terhantuk kepala. Terus mati di tempat kejadian. Mungkin tak pakai helmet?

Apa-apa pun takziah buat mangsa dan jugak buat Zaidi Omar. Mesti masih dalam trauma sebab tu bila ada media try nak contact dia tak dapat. Berhati-hatilah semasa memandu kenderaan anda. Lebih-lebih lagi skang nie kalau petang je mesti hujan. Memang membahayakan.
Kalau nak baca berita penuh versi Berita Harian, sila baca artikel ini sepenuhnya.


KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW dalam satu kemalangan maut di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Batu Caves, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, berasal dari Pangkalan Kubur, Kelantan dikatakan menunggang motosikalnya melawan arus di lorong kanan lebuh raya berkenaan untuk mengelak sekatan polis.
Bagaimanapun, mangsa bertembung kereta dipandu dramatis terkenal, Zaidi Omar, 51, dari arah Kepong menghala Batu Caves, menyebabkannya tercampak kira-kira 15 meter dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Bandaraya, Deputi Superintendan Abdullah Roning, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan siasatan sedang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Siasatan awal mendapati pemandu terbabit gagal mengelak motosikal mangsa yang tiba-tiba muncul dari arah bertentangan. Akibat pertembungan itu, mangsa yang tinggal di Sungai Buloh mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum jenazahnya dituntut anggota keluarganya tengah hari tadi untuk dikebumikan,” katanya.
Polis mengesahkan Zaidi membuat laporan berhubung kemalangan itu di Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee tidak lama selepas kejadian sebelum ditahan
untuk diambil keterangannya bagi membantu siasatan.
Abdullah berkata, pelakon terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangannya tetapi keretanya yang terbabit dalam kemalangan itu masih ditahan sebagai mematuhi prosedur siasatan sebelum dirujuk ke Jabatan Kimia.
Sementara itu, Zaidi gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataannya berhubung kejadian itu.

Friday, September 13, 2013

Gambar-gambar Perkahwinan Penyanyi Black Mentor Dan Naquia (24 Gambar)

10 wanita paling cantik,yang diiktiraf dunia (10 Gambar)


Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki tidak minat apabila melihat gadis-gadis melayu mewarnakan rambut (biasanya warna coklat) kerana dia dianggap tidak sopan. Kebanyakan lelaki lebih suka gadis yang dapat mengekalkan kecantikan semulajadi.

Sudah menjadi satu budaya di Malaysia bahawa seorang gadis dilihat lebih cantik dan anggun apabila mempunyai kulit yang cerah. Berbeza dengan gadis di Barat yang berlumba-lumba mengelapkan kulit. Mungkin apabila gadis itu mempunyai kulit yang cerah, dia dianggap pandai menjaga kebersihan dan menjaga penampilan.


















Gadis yang mempunyai ciri di atas di anggap masih suci dan menjadi idaman setiap lelaki untuk dijadikan bakal isteri.

Koleksi Gambar Fotografi Mengagumkan Teknik Tilt-Shift(12 Gambar)


Kami paparkan koleksi gambar fotografi Tilt-shift. Apa itu Tilt-shift? 

Fotografi Tilt-shift adalah jenis yang kreatif dan unik fotografi di mana kamera dimanipulasi supaya lokasi yang bersaiz sebenar kelihatan seperti model permainan yang kecil. 

Lihat koleksi gambar yang menarik di bawah ini.













Tuesday, September 10, 2013

Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua (5 Foto)

Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian. Wallahu’alam.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)

#Mari belajar sesuatu bersama penpatah












Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”

Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.

SERIUS : NASA TEMUI TROMPET SANGKAKALA MALAIKAT ISFARIL (Gambar)

Wednesday, September 4, 2013

Banduan Latih Kucing Bawa Telefon Bimbit Ke Dalam Penjara (2 Gambar)

BRASILIA - Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil.

Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan. Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu.

Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu. Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong.



Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas. Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan. Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu.

Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut.

"Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang," katanya. - Agensi

Tuesday, September 3, 2013

GOSSIP!!! Nora Danish Perli Fasha?Isu 3 pagi? ( VIDEO 1.5JUTA PREVIEW )


Sunday, September 1, 2013

Nak Tahu Wanita Tu Masih Dara?

MESIN LAYAN DIRI FRENCS FRIES PERTAMA DI DUNIA (4 Gambar)

Hanya dalam masa 90 saat, mesin jualan layan diri ini boleh menyediakan hidangan french fries panas bersaiz individu yang dimasak menggunakan lemak daging lembu atas permintaan orang ramai. Anda hanya perlu memasukkan wang sebanyak €2.50 ($3.36) dan setiap hidangan akan disediakan dalam cawan kertas bersama dengan garpu serta pilihan citarasa sama ada mahu meletakkan mayonis atau sos. Mesin ini merupakan ciptaan syarikat Belgium iaitu BreakTime Solutions dan terletak di pintu masuk sebuah pasar raya di Brussels.




Perubahan Artis Tomboy Menjadi Gadis Seksi ( 9 Gambar ).

Gambar Sejarah Yang Telah Menggemparkan Dunia (10 Gambar)


Di bawah pula ialah 10 keping gambar yang menggemparkan dunia semasa kejadian tersebut. Kalau nak tahu lebih pasal kejadian-kejadian tersebut, pergi tanya dengan mak cik Wikipedia.

1.

Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.

2.

Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.

3.

Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .

4.

Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.

5.

Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.

6.

Gambar di atas di abadikan oleh 2 cameraman Peranchis di Gaza. Rakaman itu menunjukkan seorang ayah Palestin, Jamal al-Durrah sedang mencuba untuk melindungi anaknya berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari tembakan tentera Israel. Dia memberikan signal kepada pasukan Israel untuk menghentikan tembakan namun tidak diendahkan oleh pengganas Israel.

7.

Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan di Soweto,Afrika Selatan pada tahun 1976. Ia ditembak mati dalam pembalasan Polis untuk protes mahasiswa. Gambar di atas menunjukkan Hector sedang dibawa oleh rakannya sesama mahasiswa.

8.

Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal 1984 dimana gas beracun (MIC) telah dilepaskan oleh Union Carbide India Limited. Sekitar 40,000 kes penyakit atau kecacatan disebabkan oleh gas tersebut.

9.

Foto mengerikan yang menunjukkan hukuman mati tanpa pengadilan dua orang kulit hitam muda yang dituduh memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh kekasihnya.

10.

“Orang Yahudi Terakhir Vinnitsa”. Gambar menunjukkan seorang Yahudi berlutut di depan sebuah kuburan beramai-ramai sebelum ditembak oleh anggota sebuah regu maut Nazi SS paramiliter, Einsatzgruppe D.